Fadhilat Selawat Nabi S.A.W

Sedikit ilmu lagi yang ingin di kongsi bersama.

Fadhilat dan faedah mengamalkan membaca Selawat Nabi S.A.W menurut beberapa hadith Rasulullah S.A.W antaranya ialah

1. Para malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca Selawat itu dan Allah S.W.T akan menurunkan rahmatNya.

2. Allah S.W.T akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya. Mereka yang berselawat lima ratus kali sehari in Shaa Allah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selama-lamanya.

3. Mereka yang banyak berselawat akan terhapus sifat marah dari dirinya dan terjauh dari bala bencana.

4.  Mereka yang banyak berselawat adalah menjadi kekasih kepada kekasih Allah

5. Mereka yang mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati, bacalah beberapa kali selawat Nabi, in Shaa Allah akan mudah diperolehi.

6. Mereka yang mengalami banyak membaca Selawat Nabi, in Shaa Allah akan mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya, hilang dukacita dan terlindung dari bala bencana.

7. Mendapat syafa'at (pertolongan istimewa) di dunia dan di akhirat.

Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.



0 comments:

Listen Quran

Listen to Quran

Powered By Sayang Islam