Peristiwa Hari Isnin ~ Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan iaitu: 1. Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin, Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar atau ingin mengadakan perjalanan maka seeloknya lakukanlah pada hari Isnin. Selain itu, Ummat Islam juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin. Hadis Rasulullah tentang Kelebihan hari Isnin dalam Islam: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; "Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa" (Riwayat Imam Tirmizi). Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; "Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku" (Hadis riwayat Imam Muslim). Zikir Hari Isnin لَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِمِ "La Haula Wala Quwwata Illa Billah", maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT. Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (Hadis Riwayat Tabrani) So , sesiapa yang ada Monday Blues... mari kite amalkan ni bersama2.. :D Sumber : http://www.pelikbinajaib.com/informasi/kelebihan-hari-isnin-dalam-islam |
0 comments:
Post a Comment